“Sesungguhnya dunia itu adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan
dunia adalah wanita solehah .” (Hadis Riwayat. Muslim no. 1467).
Rasulullah s.a.w. bersabda kepada Umar ibnul Khathab r.a.:
“Mahukah aku beritakan kepadamu tentang sebaik-baik perbendaharaan
seorang lelaki, iaitu isteri solehah yang apabila dipandang akan
menyenangkannya, apabila diperintah akan mentaatinya, dan apabila ia
bepergian si isteri ini akan menjaga dirinya.” (Hadis Riwayat Abu Dawud no. 1417. Asy-Syaikh Muqbil t berkata dalam Al-Jami’ush Shahih 3/57: “Hadits ini shahih di atas syarat Muslim.”)